| Mobile | RSS

I-Dance Campaign, Objections and Musyawarah

December 8th, 2008 | 4 Comments | Posted in General, Govt & Politics, Malaysia

Last Friday, I received a letter from Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (Penang PAS Youth Wing) objecting to a program called IDance Campaign endorsed by the Penang State Government under the Youth and Sports Exco Office. We accepted the objection raised and wanted to meet with the Dewan Pemuda to hear out their stance and inform them of ours.

But the same evening, the news of the objection came out in a few online national news portal (one of the rare moments when news about our Office were reported with such speed). Bernama and NST carried the news, The Star called me to clarify (and for that effort, thank you The Star) and they published the news the next day with my little comment. Of course, Utusan, Sinar Harian, the chinese press and even the MalaysianInsiders followed suits with our news. Phew…what a publicity, I told our team of organizers. Free news coverage in almost every national papers in the scope of two days.

Anyway, the fact is I was rather furious with the whole situation. I immediately called PAS on Friday to highlight the issue and the Secretary, Mohd. Fadzil Kemi agreed to an urgent meeting between us. Within an hour of our conversation, a close door meeting was arranged on Saturday 9pm in Bkt. Mertajam.

PAS was represented by the Party’s State Commissioner, Ustaz Md. Salleh Man, Dewan Ulamak head, Ustaz Soid Md. Amin, and a few other committee members including Fadzil himself. I represented the State Youth and Sports Office, while YB Chong Eng was there to chair the meeting.

The outcome of the one hour meeting was great, it was friendship and understanding. In fact towards the end, I informed our friends from PAS that I greatly admire the Islamic spirit of musyawarah (briefly, a communal instrument of solving disputes through discussions and referendum, the latter as expressed by one of the principles of Indonesian government) and I believe this spirit was shown in our meeting that night.

Anyway, this press release was produced the very next day, Sunday and sent to the press…I hope they will be published with the same speed as the earlier objection reports and will come out in time on Hari Raya Aid Adha…

—————————-

K E N Y A T A N M E D I A

07 DISEMBER 2008

PEJABAT EXCO BELIA DAN SUKAN DAN PAS NEGERI PULAU PINANG MENCAPAI PERSETUJUAN KEMPEN IDANCE 2008

Bukit Mertajam – Pejabat Exco Belia dan Sukan telah mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan wakil daripada PAS Pulau Pinang semalam berikutan bantahan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang terhadap kempen IDance, iaitu suatu usaha untuk menggalakan tarian “street dance” sebagai aktiviti riadah yang sihat di kalangan belia. Kempen yang berjalan sejak bulan Julai 2008 dan akan berkemuncak pada akhir bulan Disember 2008 ini didokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam tersebut dihadiri oleh kira-kira 20 orang wakil daripada kedua-dua pihak termasuk Yang Berhormat Puan Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, Pembantu Khas Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Bin Mohd. Amin, Ketua Dewan Ulamak PAS dan Mohd Fadzil Kemi, Setiausaha PAS Pulau Pinang.


Bantahan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah berikutan kebimbangan aktiviti ini akan menambahkan masalah sosial di kalangan lapisan masyarakat. Setelah mendapat penjelasan tentang objektif-objektif serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kempen IDance, kedua-dua pihak telah mencapai suatu persetujuan positif tentang kempen tersebut.

Antara objektif-objektif kempen IDance termasuk:

  1. Memperkenalkan “street dance” kepada para belia Pulau Pinang sebagai suatu aktiviti riadah yang sihat untuk mengisi masa lapang
  2. Menentang gejala social negative seperti budaya melepak, vandalism, masalah mat rempit, penyalahgunaan alkohol dan dadah.
  3. Membentuk “belia contoh” yang bersasiah dan mempunyai gaya hidup sihat

Semua aktiviti semasa kempen IDance diadakan di tempat awam dan di bawah pengawasan pihak guru, ibu bapa dan pelatih-pelatih tarian serta kecergasan yang bertauliah.

Objektif-objektif dan aktiviti kempen IDance bukan sahaja tidak menggalakan gejala sosial malahan bertujuan untuk mengurangkan masalah sosial di kalangan para belia, terutamanya mereka yang meminati aktiviti tarian jenis hip hop, moden dan “breakdance”.

Ustaz Mohd. Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, telah memuji tindakan segera Pejabat Exco Belia dan Sukan untuk menganjurkan mesyuarat tersebut bagi menjelaskan isu tersebut. Pihak PAS berpuas hati bahawa kempen IDance bukan sesuatu perkara yang buruk malahan merupakan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendekati para belia yang lebih suka kepada aktiviti yang rancak dan mencabarkan.

Berdasarkan maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh EXCO Belia dan Sukan Negeri, Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang berpandangan bahawa IDance mempunyai unsur-unsur yang positif antaranya:

1. Berpakaian sukan yang tidak menjolok mata dan berciri keselamatan.

2. Riadah untuk kesihatan dan kecerdasan jasmani.

3. Persembahan di tempat terbuka untuk mengelakkan aktiviti kurang sihat berbanding jika dilakukan di tempat tertutup.

4. Boleh menjauhkan pengambilan pil khayal, dadah dan minuman memabukkan kerana IDance perlukan tumpuan dalam setiap langkah pergerakan tarian.

5. Ada pemantauan dan bimbingan.

6. Sebagai aktiviti alternatif, IDance boleh menarik belia-belia yang terlibat dalam aktiviti sosial yang negatif kepada kegiatan yang lebih berfaedah dan secara tidak langsung mengurangkan aktiviti-aktiviti negatif seperti disko, rempet dsb.

Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang berpandangan:

1. IDance boleh berjaya mencapai matlamatnya sekiranya pemantauan dan bimbingan dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang telah diperjelaskan.

2. Bersetuju bahawa IDance mampu menarik belia-belia yang terlibat dalam kegiatan yang negatif kepada aktiviti yang lebih berdaedah.

3. Namun ia berkemungkinan boleh memberi ruang kepada pergaulan bebas, maka dicadangkan supaya belia-belia Muslim tidak dibenarkan bercampur jantina semasa mengadakan pertuntukan. Adalah lebih baik, sekiranya belia-belia bukan Islam juga tidak bercampur jantina semasa aktiviti dijalankan.

Permintaan PAS supaya para belia beragama Islam yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut tidak membenarkan percampuran antara jantina semasa menari telah mendapat persetujuan daripada wakil Exco Belia dan Sukan.


Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada sesiapa pun yang ingin memberi cadangan, komen mahupun kritikan yang membina. Semua pihak diseru agar berbincang dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu supaya mempunyai penjelasan terhadap sesuatu isu sebelum membawa bantahan ke media massa.

Dalam hal yang berkaitan, bagi bantahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang tentang kempen ini menjadikan para pelajar sekolah sebagai sasaran, Pejabat Exco Belia dan Sukan ingin menegaskan bahawa ini merupakan suatu projek belia tanpa untung (“non-profit youth project”) dan tiada sebarang aktiviti komersial dan berunsurkan keuntungan kewangan dijalankan semasa kempen.

Sekian terima kasih.

Sim Chee Keong

Pembantu Khas Kepada
YB Puan Ong Kok Fooi
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti


Leave a Reply 86 views, 1 so far today |
Follow Discussion

4 Responses to “I-Dance Campaign, Objections and Musyawarah”

  1. John Says:

    good job Sim!
    i think the only way forward with these kind of objections is engagement with those who object…

  2. joshuawoo Says:

    Great job!

  3. Grace Says:

    Amazing

  4. JR Says:

    Bravo! ;D

Leave a Reply

F1160009Sanja Matsuri 'Three Shrine Festival/Sanja Festival'Crumbling and in need of a RefugeKlassengesellschaftBussnap1267snap1266Old CityOversea